Sunday, June 7, 2009

Lokasi Ritzari Shop

Ramai yang tertanya-tanya di mana Ritzari Shop.

Ritzari Shop berada di Bandar Enstek. Kat mana pulak Bandar Enstek nie? Bandar Enstek berjiran dengan Kuarters KLIA, berhampiran dengan Sepang F1, berhampiran dengan Kota Seriemas dan berdekatan dengan LBJ. Nak tahu lebih lanjut mengenai Bandar Enstek? Layarilah website TH Properties Sdn Bhd untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Bandar Enstek dan rancangan pembangunannya.
Peta ke Ritzari Shop akan kami update tak lama lagi. Bagi mereka, yang ke LCCT atau ke KLIA, sekiranya ada waktu yang terluang, bolehlah singgah ke Ritzari Shop.

Saturday, June 6, 2009

Apa yang terdapat di Ritzari Shop?

Ritzari Shop sama seperti mana kedai serbaneka yang lain juga. Perbezaannya cuma, kami ada menjual homemade kek, cookies, roti dan juga kerepek.

Ada para pengunjung yang meminta kami upload gambar-gambar kek yang terdapat dalam koleksi kami. Harap bersabar yer. From now on, we will update it. :-)

Memasuki bulan yang ke-8

Ritzari Shop telah memasuki bulan yang ke-8 beroperasi. Secara tak langsung, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk membuat sedikit demi sedikit perubahan bagi memenuhi kehendak pelanggan kami. Dari sebuah kedai yang hanya menjual kek, kerepek dan roti, kini kami mengubah konsep kedai kami ke sebuah kedai serbaneka. Masih banyak barangan yang perlu ditambah. Harap pengunjung dapat bersabar.

Tak lupa diucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada pelanggan-pelanggan Ritzari Shop.